Friday, January 20, 2006

LooKiN aT mYseLf ThRu da MiRroR...

Cermin Diri

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian.
Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia
menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri,
kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak
mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada
kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa,
kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong
percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher,
nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap
meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di
atas
kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang
yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di
tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua
inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi
sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan
ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan
peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

p/s:diS was taken from sumbody eLse...jusT As a ReMinDeR to Me..insyaALLAH...

No comments: